Friday, October 9, 2009

Kehidupanku

Assalamualaikum,

Pada 4 Oktober yang lalu anak saudara saya datang ke rumah saya untuk berhari hari
bersama dengan ibu dan kakak saya. Mereka datang ke rumah saya pada 30 Setember yang
yang lalu. Jadi mereka berada di rumah saya lebih kurang 5 hari 4 malam untuk bercuti lah konon...nya.

Anak saudara saya ni datang bersama dengan anak-anaknya jadi pangkat cucu lah kan pada saya.
Dan tua lah katakan dah ada cucu dah dipanggil uwan bagi orang Negeri Sembilan.

Jadi pada kira-kira 3.30 pagi 4 Oktober tu telephon bimbit saya berbunyi. Pada mulanya saya ingat ada saudara mara yang jauh sakit tenat atau meninggal dunia. Rupa-rupanya anak saudara saya yang tidur dibilik sebelah telefon. Dia beri tahu anaknya yang sulung tu sesak nafas. Aduh.. punyalah paniknya saya dibuatnya.

Saya pun terus kejutkan suami saya dan bawa terus cucu ni ke hospital. Mujurlah sampai di hospital tak ramai orang terus cucu saya ni diberi rawatan dengan segera. Dalam masa setengah jam cucu saya dah sihat. Tup..tup..keluar dari bilik kecemasan hospital tu dah dengan suara nya. Cucu saya ni mulutnya memang bising. Alhamdulilah.. semuanya selamat.....

Suasana di pejabat selepas hari raya

Seminggu selepas hari raya,biasalah kan. Sibuk dengan rumah terbuka di sana sana sini.
Tapi di pejabat saya berlain pula. Di pejabat saya kecil saja tapi ia terbahagi kepada berapa-berapa bahagian. Contohnya seperti Unit Pentadbiran,Kewangan,Pengembangan, Tanam Semula,Perancangan dan AET. Jadinya tiap2 unit sepakat untuk mengadakan jamuan hari raya.
Tiap-tiap hari ada jamuan hari raya hingga tak larat hendak makan.

Itu belum termasuk jemputan rumah terbuka dari jiran yang berhampiran ataupun jabatan yang berjiran dengan pejabat saya. Ini ada satu cerita, pada pagi khamis yang lalu sedang saya sibuk
menjalankan tugas harian tiba-tiba bos saya datang menghampiri saya dan dia memperlawa saya untuk menemankannya ke jamuan hari raya yang diadakan di Kuala Kangsar iaitu salah satu cawangan pejabat kami yang berada di sana. Pada mulanya saya segan juga hendak turut serta
tapi memandangkan bos yang pelawa saya pun bersetuju. Jadi ini peluang saya untuk bertemu dengan rakan-rakan lama yang berada di sana.

Pada sebelah petangnya pula ada jemputan daripada Pejabat Daerah pula bagi Persatuan
Puspanita. Jadi kami ahli puspanita tidak melepaskan peluang untuk turut serta ke jamuan
hari raya di rumah Pegawai Daerah Manjung.

Sebulan berpuasa nak kurus badan tapi bila tiba hari raya satu minggu badan naik lagi....


Friday, October 2, 2009

Keluargaku


Inilah gambar keluargaku.Keluargaku ini kecil aje.Saya cuma ada dua orang cahaya mata aje. Salam perkenalan buat semua..

First Day Blogging

Hari ni den dipakso aloh anak buah den bukak blog nie.. ikutkan apo pun tak tau nieh.. Tapi insyaAllah buleh belajar.. Apopun, wish me luck..